Gambar Dari kiri: Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, emandangan indah di Pasir Panjang, Port Dickson, Jeram Tengkek di Batu Kikir, Kuala Pilah dan rekabentuk atap Minangkabau merupakan senibina tradisional di Negeri Sembilan.



Masakan Tradisi Negeri Sembilan `Gulai Lemak Cili Padi'



Homestay Kampung Lonek yang terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan mempamerkan aktiviti bersawah padi kepada pelancong

Penemuan spesis pokok Johanesteysmannia lanceolata – keluarga pokok palma ditemui tumbuh melata di Gunung Angsi, Kuala Pilah.
Pokok ini ditemui oleh saintis semasa mengadakan Ekspidisi Saintifik Gunung Angsi.
Penemuan ini adalah
yang kedua ditemui di dunia selepas penemuan pertama di kawasan Empangan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor.
Tumbuhan itu yang dikenali dengan nama Sal, Sang atau Payung di kalangan penduduk tempatan, terutamanya masyarakat Orang Asli, ditemui melata dalam jumlah yang banyak, berbanding dengan taburan kecil yang dijumpai sebelum ini.
Pokok ini mempunyai nilai komersil landskap yang tinggi dan boleh dijual dengan harga RM500 se pasu.
Pada masa ini cuma ada empat spesis pokok keluarga palma yang ditemui dalam taburan kecil di seluruh dunia iaitu Johanesteysmannia Altifrons (Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Sumatera), Johanesteysmannia Perakenisis (Perak dan Kedah), Johanesteysmannia Mangnifica (Selangor dan Padang) dan yang terkini Johanesteysmannia lanceolata (Gunung Angsi, Negeri Sembilan dan Pangsoon, Selangor).

Maman merupakan sejenis sayur-sayuran yang begitu terkenal di Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Penduduk Gemencheh begitu menggemarinya terutama apabila dimasak dengan rendang ayam dan daging. Bagaimanapun, memasaknya memerlukan kepakaran yang tersendiri.
Mengseimbangkan asam dan cili adalah antara petua menggelakkan rasa pahit sayur maman ini apabila dicampurkan dalam masakan rendang.
Rendang Maman begitu popular bukan hanya di daerah Tampin, malah turut digemari oleh penduduk di daerah-daerah lain.

 

 

 

 

 

 

Back To Top